CARNIVAL OF MEGAPRENEURSHIP AND INNOVATION 2.0 (COMEi 2.0)

10 hingga 12 Jun 2023, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), FUSIONEX Group dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Ledakan Digital Marketing, Koperasi Mahasiswa UMK Berhad, Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPP UMK), telah berjaya menganjurkan Program Carnival of Megapreneurship and Innovation 2.0 (COMEi 2.0). Program ini telah disertai seramai 950 orang pelajar yang melibatkan 200 kumpulan projek peserta, dan telah berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2023, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan agar lebih memahami kandungan yang dipelajari melalui perkongsian idea perniagaan, inovasi keusahawanan, pembangunan rancangan perniagaan dan juga pengalaman sepanjang mengikuti dan menyempurnakan projek. Program ini juga mampu membentuk budaya inovasi dalam kalangan warga pelajar universiti dan mengoptimumkan sumber teknologi dan aplikasi yang ada untuk menghasilkan inovasi yang terbaik terutamanya dalam inovasi keusahawanan. Selain itu, program ini dapat menggalakkan para pelajar dalam menyertai pertandingan penciptaan inovasi.